Monday, December 6, 2010

~salam maal hijrah 1432~

salam maal hijrah buat semua muslimin muslimat diatas muka bumi Allah yang terbentang luas ini..
semoga tahun hijrah 1432 yang bakal menyusul tiba tidak lama lagi ini akan sedikit sebanyak mengubah diri kita dari yang tidak mahu pun yang kurang baik kepada yang lebih baik hendak nya..
bagi pengakhiran tahun 1431 ini, marilah kita sama2 muhasabah diri kita, apekah yang telah kita lakukan sepanjang tahun sudah..apakah pembaikan untuk diri kita bagi tahun akan datang ini..
manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan walau sebesar zarah..
justeru sama2 lah kita memohon keampunan dariNYA, keampunan sesama manusia, agar hidup kita lebih tenang, lebih aman, lebih segala macam lebih baik agar segala kebaikan itu terus berkekalan selamanya..
kelalaian kita di masa yang sudah sedikit sebanyak mampu membuat kita sedar bahawa kita semakin hampir kepada pengakhiran duniawi ini..
beringat la kita akan hari pembalasan..dimana pada waktu itu tidak akan siapa yang mampu membantu kita melainkan amalan2 kita sendiri..
sesungguhnya mati itu pasti, terpacaknya kita ditengah2 lautan manusia di padang mahshar(perhitungan) mengira2 berapa banyak amalan yang telah dilakukan, berapa banyak dosa, maksiat yang telah dikerjakan..
selagi pintu taubat bagi kita masih terbuka, bersujud,bertaubat, bermunajat la pada YANG MAHA ESA..
dari DIA kita datang,kepada DIA jua lah kita kembali..
sekadar berkongsi..
salam tahun baru hijrah 1432

daa~